TERMA & SYARAT
Harga Pandu-Sendiri
Harga adalah berdasarkan dalam tempoh 24 jam, jika pemulangan
kenderaan telah melebihi tempoh, maka RM 20 per jam akan dikenakan.
Bau yang Dilarang
1. Dilarang merokok sama sekali di
dalam kenderaan.
2. Sebarang benda atau barangan
yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan adalah dilarang dari memasuki
kenderaan yang disewa (contoh; durian, ikan kering dsb).
Peminjam
bertanggungjawab untuk membayar segala kos untuk menghilangkan bau-bauan
tersebut termasuk servis penyelenggaraan sistem hawa dingin dan kerugian yang
berlaku akibat van tidak dapat disewa
sepanjang tempoh penyelenggaraan.
Kerosakan:
Penyewa bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan yang membabitkan
kenderaan sewa termasuk kecurian tanpa mengira sesiapa yang bertanggungjawab.
Penyewa adalah terikat dengan terma dan syarat seperti yang disebutkan dalam
Kontrak Sewa apabila Penyewa bersetuju untuk menyewa kenderaan tersebut.
Terma Pembayaran
Bayaran tunai sahaja diterima semasa mengambil van dan dalam
matawang Ringgit Malaysia.
Lesen Pemandu
Kami hanya menerima lessen memandu yang dikeluarkan oleh Kerajaan
Malaysia. Bagi pelancong asing, mereka boleh menggunakan lesen memandu yang
diiktiraf dari negara asal mereka.
Lanjutan Tempoh Sewa
Segala lanjutan tempoh sewa yang tidak termaktub dalam perjanjian
asal mestilah dimaklumkan terlebih
dahulu termasuk pembayaran untuk lanjutan tempoh sewa.
Kawasan Larangan Masuk
Kenderaan sewa dilarang keras dari memasuki Singapura dan Thailand.
Caj Parkir dan Kesalahan
Trafik
Semua saman trafik, caj parkir, kos mahkamah dan lain kos yang
mungkin menyabitkan syarikat kami semasa disewa oleh Penyewa akan ditanggung
oleh Penyewa. Kami akan hubungi semula Penyewa jika kami menerima sebarang
saman trafik/parkir semasa disewa oleh Penyewa. Jika tidak, butiran Penyewa
akan diserahkan kepada pihak berkuasa berkenaan.
Pemulangan Wang
Tiada pemulangan wang samada dalam jumlah setengah/penuh untuk perkhidmatan
yang tidak digunakan.
Keadaan Van Semasa
Pemulangan
Keadaan van mestilah dalam keadaan baik dan seperti keadaan semasa
Penyewa mengambil van. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan Penyewa
dipertanggungjawabkan untuk membayar kos untuk membaiki van tersebut.
Kos Tambahan (Surcaj)
Sejumlah RM30 akan dikenakan untuk perkhidmatan selepas waktu
pejabat termasuk hari cuti am dan cuti umum. (Waktu pejabat : 9am – 6pm, Isnin
hingga Jumaat)
Kemaskini pada 8/5/2014
Kemaskini pada 8/5/2014
No comments:
Post a Comment